30 November 2017 jam 8.30 pagi, Institusi Penjara Taiping telah menerima kunjungan lawatan seramai empat orang delegasi SUHAKAM yang diketuai oleh Pesuruhjaya SUHAKAM iaitu En Jerald Joseph. Delegasi rombongan telah disambut oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping, Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan Penjara Taiping. Delegasi telah diberi taklimat ringkas berkaitan Penjara Taiping dan dibawa melawat ke dalam kawasan penjara. Secara keseluruhannya lawatan telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
""